Lawatan YBM ke pembukaan operasi Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) UiTM Kampus Puncak Alam

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan bagi melihat pembukaan operasi Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) UiTM Kampus Puncak Alam hari ini.

Selain mempunyai fasiliti yang lengkap seperti bilik pemantauan yang kondusif serta fasiliti-fasiliti lain, Dewan Berlian ini juga mempunyai kemudahan kawasan parkir dengan kapasiti 300 buah kenderaan yang pastinya akan memberi keselesaan kepada penerima-penerima vaksin.

Dewan Berlian UiTM Kampus Puncak Alam ini mampu memuatkan 1500 orang pada satu-satu masa. PPV IPT ini akan beroperasi bermula pukul 9.00 pagi dan dijangka seramai 500 orang akan menerima vaksin hari ini.
Turut hadir ialah YBhg. Prof. Ts. Hajah Roziah Mohd. Janor, pemangku Naib Canselor UiTM dan YBhg. Prof. Sazli Shahlan Kasim, Pengarah Hospital UiTM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5589
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.