Lawatan YBM ke Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Food Bank Malaysia di Kajang, Selangor

Hari ini, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengumpulan dan Pengagihan Food Bank Malaysia di Kajang, Selangor.

Pusat ini akan menempatkan barangan sumbangan seperti keperluan asas dan makanan untuk diagihkan kepada golongan sasar seperti pelajar-pelajar IPT.

Turut hadir YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, Kementerian Pengajian Tinggi, YBhg. Datuk Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan),Kementerian Pengajian Tinggi dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5309
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.