Kunjungan Ketua Pengarah Kesihatan ke program rintis Pusat Pemberian Vaksin Bergerak, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di MRSM Batu Pahat, Johor

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, hari ini menerima kunjungan Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, ke program rintis Pusat Pemberian Vaksin Bergerak, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di MRSM Batu Pahat, Johor.

Pusat Pemberian Vaksin Bergerak ini dilaksanakan sejak dua minggu lalu bagi memberi akses vaksinasi lebih luas kepada masyarakat luar bandar dengan segera.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, dan YBhg. Prof. Dato' Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5608