Lawatan YBM ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi, hari ini berkesempatan untuk meluangkan masa melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Beroperasi di Dewan Tuanku Canselor,USIM, PPV IPT ini mula dibuka pada 28 Jun yang lalu dan dijangka dapat memberikan sebanyak 1,500 dos suntikan vaksin COVID-19 sehari pada permulaannya sebelum dinaikkan kapasiti maksimum iaitu sebanyak 3,000 suntikan sehari mulai minggu berikutnya.

Di PPV ini juga, terdapat sehingga 30 ruang suntikan yang melibatkan 30 pegawai kesihatan yang bertugas pada satu-satu masa dengan purata suntikan 350 hingga 400 suntikan sejam.

Turut hadir Prof Dato' Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi dan Encik Mansor Ibrahim @ Abd. Hamid, Setiausa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6917
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.