Perbincangan Khas dengan ahli-ahli British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC)

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi bersama dengan pengurusan tertinggi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini telah mengadakan Perbincangan Khas dengan 24 orang ahli-ahli British Malaysian Chamber of Commerce (BMCC).

Hasil daripada perbincangan ini, satu usahasama akan dijalinkan antara KPT dan BMCC bagi membolehkan syarikat-syarikat UK yang berpusat di Malaysia, membantu graduan tempatan dengan memberikan mereka peluang untuk membina pengalaman mereka di syarikat-syarikat tersebut.

Latihan pekerjaan ini akan meliputi pelbagai sektor yang berbeza antaranya aeroangkasa dan pertahanan, automatif, pembinaan dan kejuruteraan, pengangkutan dan logistik, perkhidmatan kewangan, pembuatan dan banyak lagi.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara – PENJANA yang diumumkan kerajaan sebelum ini. RM150 juta telah diperuntukkan kepada KPT untuk melaksanakan program kemajuan kerjaya atau juga dikenali sebagai PENJANA-KPT-CAP yang memberi tumpuan untuk mengurangkan kadar pengangguran dikalangan graduan.

Satu perbincangan lanjut akan dilakukan oleh pihak Kementerian dengan BMCC dalam membincangkan perkara-perkara lain yang boleh diteroka bersama bagi memastikan para pelajar dari kedua-dua negara mendapat faedah terbaik daripada kerjasama ini.

Turut hadir Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT dan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5777