Jalinan Kasih Kebajikan Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Selesai lawatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV IPT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi meluangkan masa bersama kepimpinan pelajar serta pelajar-pelajar UTHM yang masih berada di kolej kediaman masing-masing.

Pada sesi itu, YB Menteri juga menyampaikan sumbangan di bawah inisiatif Jalinan Kasih Kebajikan Mahasiswa.

Turut hadir ialah YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha, KPT, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzali, Naib Canselor UTHM, YBhg. Datuk Dr. Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan),KPT, YBhg. Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBrs. Puan Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly, Naib Canselor UTHM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5482
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.