Ditulis pada . Disiarkan dalam Sorotan Aktiviti.

Lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin IPT (PPV IPT) Integrasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah meluangkan masa untuk mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin IPT (PPV IPT) Integrasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor hari ini.

Pusat ini mula beroperasi hari ini dari 8.00 pagi hingga 9.00 malam dan berkemampuan untuk memberi 1,500 vaksin setiap hari kepada penduduk sekitar Johor Bahru dan Kulai.

YB Menteri turut memberi sumbangan makanan kepada kira-kira 200 orang petugas termasuk warga UTM yang terdiri daripada pelajar dan staf yang bersama-sama membantu melancarkan operasi PPV IPT ini.

Turut hadir ialah YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini b. Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi dan YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail, Naib Canselor, Universiti Teknologi Malaysia.