Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (JPPT) Bil. 1 Tahun 2021

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (JPPT) Bil. 1 Tahun 2021 yang diadakan secara maya.

Mesyuarat ini diadakan bagi mendapatkan maklumbalas daripada ahli JPPT berhubung senario semasa dalam mendepani norma baharu pendidikan tinggi pasca COVID-19.

Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPPN) berperanan untuk merancang, membentuk dan menentukan dasar serta strategi kebangsaan untuk pembangunan pendidikan tinggi negara.

Turut hadir Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff, Ketua Setiausaha KPT, Dr Mohd Zabri yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Dato Rosli Yaakub, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), KPT, Prof Dato Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts Zainab Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan Prof Dato Dr. Mohammad Shatar Sabran, Ketua Pegawai Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7486
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.