3 Pengerusi LPU Terima Surat Lantikan

3 Pengerusi LPU Terima Surat Lantikan

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyampaikan surat lantikan kepada dua (2) orang Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) di pejabatnya semalam.

Antaranya YBhg. Dato’ Dr. Husaini Omar, mantan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi yang dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berkuatkuasa pada 1 Jun 2023 untuk tempoh tiga (3) tahun.

Seterusnya, ialah YBhg. Puan Sri Datuk Seri Rohani Parkash Abdullah yang dilantik semula sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk tempoh dua (2) tahun berkuatkuasa 6 Julai 2023.

Pada sesi yang lain 9 Mei lalu, YB Menteri turut menyampaikan surat pelantikan semula Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) kepada YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hj. Hussin bagi tempoh dua (2) tahun bermula 7 Jun 2023.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1989
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.