68 Warga POLYCC Pulau Pinang Terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turun ke sini pagi tadi bagi meraikan 68 orang warga Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC) Zon Pulau Pinang yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2023.
Disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Dr. Haji Zahari Ismail serta barisan pengurusannya, majlis tersebut dianjurkan bagi menghargai perkhidmatan serta sumbangan cemerlang warga kerja PolyCC di negeri itu sepanjang tahun lalu.
Dalam ucapannya, beliau turut menegaskan peri pentingnya membina semangat kerja berpasukan dalam mencapai misi kecemerlangan melalui konsep-konsep seperti 'Bias For Action'; dan menerapkan semangat fastabiqul khairat (berlumba-lumba melakukan kebaikan) dalam mencapai kejayaan.
Para pegawai yang telah menerima pengiktirafan kali ini diharap dapat terus memberikan komitmen serta kesungguhan dalam setiap tugasan yang diberikan yang kemudiannya dapat menjadi ikutan serta tauladan kepada rakan sekerja lain dalam mencapai ekosistem kerja yang cemerlang.
Para penerima APC menerima Sijil Penghargaan dan Sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bernilai RM1000.
Hadir sama, para Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Pulau Pinang.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1327