Aksi Pasukan Robocon UniMAP Menjadi Penutup Tirai Penyertaan KPT @ Jelajah AKM Perlis

Aksi Pasukan Robocon UniMAP Menjadi Penutup Tirai Penyertaan KPT @ Jelajah AKM Perlis

Para pengunjung, khususnya masyarakat Perlis mengambil peluang cuti hari minggu untuk melawat reruai KPT di hari terakhir program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) peringkat negeri Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar hari ini.

Pada hari ketiga dan terakhir ini, UniMAP selaku penyelaras reruai KPT, sempat “jelajah” langit dengan menerbangkan Dron dan mengambil gambar “aerial view” atau pandangan udara tapak Jelajah AKM.

Sementara itu, pasukan dari Fakulti Teknologi Kejurutearaan Elektrik UniMAP diketua oleh Dr. Sukhairi bin Sudin dan Ts. Ismail Ishaq bin Ibrahim serta sembilan orang pelajar menyertai Pameran Robotik dan Automasi.

Kumpulan ROBOCON UniMAP yang diketuai oleh Cik Zakirah Zaludin juga membuat persembahan menggunakan robot yang telah digunakan oleh mereka ketika menyertai pertandingan ROBOCON Malaysia 2021.

Program Jelajah AKM kedua ini yang diadakan selepas jelajah pertama di negeri Johor pada 3 Mac yang lalu, bermula 25 2022 dari pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam.

KPT mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang melawat reruai KPT dan juga Jelajah AKM.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6643
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 18 April 2024, 14:41:25.