Anugerah Akademik Negara ke-14

Anugerah Akademik Negara ke-14

YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad telah mengiringi YAB Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Anugerah Akademik Negara ke-14 (AAN-14) yang berlangsung di Hotel Sama-Sama malam tadi.

Majlis kemuncak ini bertujuan untuk memberikan pengiktirafan tertinggi kepada ahli akademik yang paling terkehadapan di institusi pendidikan tinggi awam seluruh negara.

Tujuh kategori anugerah yang dipertandingkan telah menilai sumbangan dan pencapaian mereka semua dalam pengajaran dan pembelajaran; penemuan ilmu baharu; penerbitan ilmiah dan perkongsian di media massa; penciptaan rekaan kreatif; serta pemindahan dan pengembangan ilmu untuk komuniti dan masyarakat merentas benua.

Di AAN-14 malam tadi juga, buat julung-julung kalinya anugerah utama Tokoh Akademik Negara telah dimenangi oleh 2 orang wanita iaitu Profesor Emerita Datuk Dr. Asma Isma (USM) serta Academician Professor Datin Paduka Dr. Khatijah binti Mohamad Yusoff (UPM).

Turut hadir YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, pengurusan tertinggi KPT serta para naib canselor UA.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 7091
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.