Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan KPT-Elsevier 2024 : Pengiktirafan Penyelidik Tempatan

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Elsevier telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Penyelidikan KPT-Elsevier (FOI) 2024 di sini malam tadi.
Acara ini yang merupakan sebahagian daripada Festival Idea Putrajaya (FOI) 2024, bertujuan mengiktiraf penyelidik dan jurnal tempatan atas sumbangan mereka terhadap pembangunan ilmu, teknologi, dan masyarakat.
Majlis telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tingg, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, yang dalam ucapannya menekankan peranan penyelidikan berkualiti tinggi dalam memacu transformasi tinggi Malaysia.
Beliau turut menyatakan bahawa Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi 2026-2035 yang sedang dirangka akan memberi fokus kepada bidang baharu seperti matlamat pembangunan lestari (SDG), kesihatan planet dan kecerdasan buatan (AI).
Pada majlis malam tadi, dua (2) kategori utama anugerah telah disampaikan iaitu Malaysia Scopus Research Excellence Awards dan Scopus Journal CREME Award.
Majlis ini turut menghargai sumbangan institusi pendidikan tinggi seperti Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM), dan Asia Pacific University of Technology and Innovation (APU) dalam menjayakan acara ini.
Elsevier sebagai penerbit antarabangsa juga memainkan peranan penting dalam pengiktirafan ini.
YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry menekankan perlunya penyelidikan yang tidak hanya tertumpu pada penerbitan jurnal tetapi juga memberi impak nyata kepada masyarakat.
Beliau turut menyeru institusi pendidikan tinggi agar terus menjadikan inovasi sebagai teras pembangunan, sejajar dengan usaha memperkukuh Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan global.
Acara ini simbolik kepada usaha gigih mereka dalam memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju global dalam penyelidikan dan inovasi.
Tahniah kepada semua penerima anugerah!
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 327