ASEAN Dan EU Perkukuh Kerjasama Sektor Pendidikan Tinggi Dan Jaringan Akademik

ASEAN Dan EU Perkukuh Kerjasama Sektor Pendidikan Tinggi Dan Jaringan Akademik

Kerjasama antara ASEAN dan EU bagi sektor pendidikan tinggi dan jaringan akademik terus diperkukuh melalui Dialog Polisi dan Sesi Jaringan Akademik yang berlangsung pada 26 - 28 Mei 2025 di Brussels dan KU Leuven, Belgium.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud hadir dalam program yang menghimpunkan pembuat dasar, pemimpin institusi pendidikan tinggi, wakil belia serta pakar pendidikan dari kedua-dua rantau.

Sesi Dialog ini bertujuan untuk menyelaraskan keutamaan strategik dan membincangkan dasar berkaitan cabaran bersama seperti transformasi digital, mobiliti kemahiran, pendidikan inklusif, serta ketahanan terhadap perubahan iklim.

Hasil utama daripada program ini :
🔸 Meningkatan kefahaman terhadap kerangka pengiktirafan kemahiran antara rantau;

🔸 Strategi memperkukuhkan penyertaan belia dalam proses pembuatan dasar;

🔸 Pengukuhan hubungan antara pemegang taruh pendidikan ASEAN dan EU.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada EU–ASEAN Sustainable Connectivity Package – Higher Education Programme (SCOPE-HE) yang dilancarkan pada pertengahan 2024.

Sehingga kini, lebih 500 institusi pendidikan tinggi dari ASEAN dan EU telah terlibat melalui pemberian Academic Connectivity Grants, pelaksanaan kajian serantau berkaitan kerangka kelayakan dan jaminan kualiti serta inisiatif pemerkasaan belia seperti kempen Empower Youth4Food.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 211
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 16 Jun 2025, 06:58:06.

logo-sirim