Aspirasi Digital Masyarakat MADANI Transformasi Generasi Digital Masa Kini

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT), Datuk TS. Mustapha Sakmud hadir merasmikan program Seminar Mata Pelajaran Pengajian Umum Peringkat Kebangsaan Siri ke-4 Tahun 2024 di Sunway University di sini pagi tadi.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk membuka ruang perbincangan dan konstruktif tentang peranan Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) ke arah membentuk masyarakat yang maju dan berdaya saing.
Seramai 43 orang terdiri daripada para akademik dan penyelidik dari institusi-institusi pendidikan yang pelbagai latar belakang menjayakan seminar ini bagi berkongsi ilmu, idea dan pengalaman mereka.
YB Timbalan Menteri dalam ucapannya berkata, mahasiswa seharusnya menghargai pengalaman di universiti kerana di sini mahasiswa dapat mempelajari dan berkongsi nilai serta budaya pelbagai kaum yang ada di negara kita dalam mencorakkan masa depan dan tanggungjawab pada masa hadapan.
Dalam pada itu, seminar turut dilaksanakan sebagai platform efektif yang memfokuskan mahasiswa kepada beberapa asas penting seperti bahasa, budaya, warisan, etika, peradaban, falsafah dan integriti dalam membentuk pemikiran dan jati diri masa kini.
Selain itu, subjek MPU bukan sahaja menerapkan konsep insaniah dalam kalangan mahasiswa bahkan subjek ini juga dijadikan sebagai pemacu transformasi generasi digital hari ini selaras dengan prinsip kerajaan iaitu mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1336