Bank Islam Disaran Bantu Ekosistem Keusahawanan Mahasiswa
Sewaktu menyampaikan perutusan tahun baharu beliau tempohari, YB Menteri Pendidikan Tinggi telah menyatakan azam untuk membantu para siswazah menceburi bidang keusahawanan.
Dalam menyokong usaha tersebut, beliau telah menyeru para pemain industri serta pihak-pihak yang berkepentingan untuk terlibat sama dalam memperkasakan ekosistem keusahawanan mahasiswa yang memiliki kerangka yang utuh, jaringan yang luas serta bimbingan yang bermanfaat.
Hasrat itu telah beliau kongsikan dengan delegasi Bank Islam yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Encik Mohd Muazzam Mohamed melalui sebuah pertemuan singkat di bangunan Parlimen tengah hari tadi.
Kesediaan Bank Islam dalam menjayakan aspirasi tersebut amat diperlukan bagi melahirkan lebih ramai siswazah yang bijak dan berani memulakan perniagaan sendiri tanpa risau akan pasaran makan gaji di luar sana.
Selain itu, Bank Islam turut diharap dapat menyertai inisiatif-inisiatif yang fokus dalam membantu kebajikan mahasiswa seperti program SULUNG demi menyokong usaha kerajaan membangunkan negara yang madani.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 2031