Bengkel Protokol/Etiket KPT Bantu Tingkat Kefahaman Pengacaraan Majlis

Bengkel Protokol/Etiket KPT Bantu Tingkat Kefahaman Pengacaraan Majlis

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah merasmikan Bengkel Protokol / Etiket dan Pengurusan Majlis Rasmi malam tadi.

Kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam pengurusan majlis.

Secara umumnya, kursus ini bertujuan memberi pendedahan mengenai protokol dan etiket sosial bagi membantu pegawai dalam melancarkan hal-hal majlis formal dalam dan luar jabatan.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 45 orang pegawai-pegawai yang terpilih dari Kementerian/Jabatan/Agensi di bawah KPT.

Hadir sama Dr. Mohd Yusoff, TKSU (Pengurusan Dan Pembangunan) dan Puan Yusliza Mohd Yusuf, SUB Bahagian Khidmat Pengurusan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2391
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.