Dato’ Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan Dilantik Semula Naib Canselor UUM

Dato’ Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan Dilantik Semula Naib Canselor UUM

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir petang tadi telah menyerahkan watikah pelantikan semula Dato’ Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi tempoh satu (1) tahun berkuat kuasa mulai 19 November 2024 hingga 18 November 2025.

Dato’ Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan, 60 tahun mempunyai latar belakang akademik dalam bidang Sains Politik di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Pengurusan Konflik di University of Hull, England pada tahun 2006.

Kementerian yakin dengan pelantikan semula ini, Dato’ Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dapat meneruskan perancangan bagi memenuhi aspirasi dan hala tuju UUM untuk menjadi universiti peneraju dalam bidang pengurusan di Malaysia. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 592
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 10 Februari 2025, 08:49:13.

logo-sirim