Datuk Prof. Emeritus Dr. Osman Bakar Rektor UIAM Baharu

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyerahkan watikah pelantikan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-7 kepada Datuk Prof. Emeritus Dr. Osman Bakar di pejabatnya semalam.
Datuk Prof. Emeritus Dr. Osman, Penyandang Kursi Al-Ghazali, Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), UIAM adalah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Matematik dari University of London, United Kingdom dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Falsafah Islam dari University of Temple, Amerika Syarikat.
Beliau merupakan seorang tokoh pemikir Islam yang tersohor di tanah air dan memiliki reputasi kepimpinan dan kesarjanaan dalam bidang Falsafah dan Ketamadunan Islam yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sehingga dinamakan sebagai 500 orang Islam paling berpengaruh di dunia pada tahun 2009.
Pelantikan beliau adalah bagi tempoh dua (2) tahun berkuat kuasa mulai 23 September 2024 hingga 22 September 2026.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yakin dengan pelantikan ini, Datuk Prof. Emeritus Dr. Osman akan dapat mengangkat dan meningkatkan kedudukan UIAM sebagai universiti tersohor dalam peradaban Islam di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 920