Deklarasi Kuala Lumpur 2015 Terus Jadi Tunjang Hala Tuju Pendidikan Tinggi ASEAN

Deklarasi Kuala Lumpur mengenai Pendidikan Tinggi ASEAN yang dimeterai pada 2015 terus menjadi panduan utama dalam merangka dasar dan hala tuju pembangunan pendidikan tinggi serantau ke arah masa depan yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menegaskan perkara ini dalam ucapan beliau yang telah dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim sempena Majlis Makan Malam Mesyuarat Kumpulan Kerja Mobiliti Pendidikan Tinggi ASEAN ke-8 (AWGHEM 2025) malam tadi.
Menurut beliau, deklarasi tersebut bukan sekadar dokumen dasar tetapi telah menjadi pemacu kepada pelbagai inisiatif penting termasuk pelaksanaan Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi ASEAN serta penubuhan AWGHEM yang kini memasuki Mesyuarat ke-8.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 175