Delegasi KPT Ke 13TH ASEAN Education Ministers Meeting (ASED) And Related Meetings

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Dr Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah mengetuai delegasi KPT ke 13th ASEAN Education Ministers Meeting (ASED) and Related Meetings di Buriram, Thailand pada 23-26 Ogos 2024 yang lalu.
Mesyuarat dwi-tahunan yang dihoskan oleh negara Thailand ini telah dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan dan menteri-menteri pendidikan negara-negara ASEAN, Sektetariat ASEAN, Southeast Asian Minister of Education Organization (SEAMEO), wakil negara-negara ASEAN Plus There (ROK, ROC dan Jepun) serta negara rakan dialog seperti Amerika Syarikat, Rusia, Australia, Kanada, India, United Kingdom dan New Zealand.
Mesyuarat selama empat (4) hari berkenaan telah membincangkan perkara-perkara berkaitan mobiliti, pendanaan biasiswa, aktiviti penyelidikan pendidikan tinggi dan program-program pendidikan yang telah dilaksanakan di bawah ASEAN Work Plan 2021-2025.
Di kesempatan yang sama, KPT telah memaklumkan pendirian dan langkah-langkah yang telah diambil dan sedang dilaksanakan oleh Malaysia berkaitan pendigitalan pendidikan tinggi selaras dengan tema 'Transformimg Education in Digital Era'.
Selain itu, KPT juga telah memaklumkan bahawa Malaysia akan menghasilkan sebuah 'outcome document' sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bagi menyokong Kuala Lumpur Declaration on Higher Education yang telah diangkat (adopted) pada tahun 2015.
Di samping menghadiri mesyuarat, YBhg. Dato' Dr. TKSU juga turut mengadakan pertemuan dengan pihak Brunei, Sekretariat ASEAN, SEAMEO dan Rusia.
Turut hadir mesyuarat yang sama adalah Ketua Penolong Setiausaha BHA, Encik Ahmad Shamsul Bahari Ismail; dan Penolong Pengarah Kanan JPT, Puan Rozhafila Rozali.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1004