Dewan Perniagaan Eropah-KPT Bincang Peluang Kerjasama Perkasa Graduan

Dewan Perniagaan Eropah-KPT Bincang Peluang Kerjasama Perkasa Graduan

Usai pertemuan dengan FFM, YB Menteri Pendidikan Tinggi terus menerima kunjungan hormat delegasi dari Dewan Perniagaan Eropah Malaysia (Eurocham Malaysia) di pejabatnya pagi tadi.

Diketuai pengerusinya, Oliver Roche, Eurocham Malaysia telah membawa hasrat mereka untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan kementerian.

Prospek kerjasama tersebut melibatkan kesediaan syarikat-syarikat Eropah di Malaysia dalam memberi peluang kepada para siswazah IPT membuat latihan industri dan seterusnya membina kerjaya mereka.

Kerjasama tersebut diharap dapat mengukuhkan lagi hubungan bilateral antara Malaysia dan Kesatuan Eropah yang merentasi bukan sahaja bidang pendidikan tinggi malah perdagangan juga.

Turut sama YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT dan YBhg. Datin Noorazah Omar, SUB Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2229
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 11:52:58.