DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Terima Menghadap KSU KPT

Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan menerima menghadap Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee bin Ibrahim di Istana Negeri Sembilan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur semalam.
Pertemuan ini bertujuan untuk menyembah maklum dan memperkenalkan diri kepada Tuanku yang juga merupakan Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Selain itu, turut dibincangkan adalah perkara-perkara berkaitan pendidikan tinggi.
Turut mengiringi ialah Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda Azman.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 266