Forum Better Nation: Wacana Ilmu Platform Pengukuh Pemikiran Politik Bernas

Forum Better Nation: Wacana Ilmu Platform Pengukuh Pemikiran Politik Bernas

Dalam suasana yang penuh tumpuan dan minat terhadap wacana segar politik semasa, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menyatakan bahawa Forum ‘Better Nation’ kini muncul sebagai pentas penting untuk menyuburkan budaya keintelektualan dan membina semula naratif politik Malaysia yang lebih matang, segar dan berorientasikan solusi.

“Sambutan terhadap forum ini luar biasa. Ia menunjukkan bahawa rakyat, khususnya anak-anak muda, mahu melihat politik yang berpijak pada ilmu, fakta dan nilai. Bukan lagi retorik yang hambar dan berulang,” ujar beliau semasa memulakan sesi forum di Auditorium Menara Dato’ Onn, WTC Kuala Lumpur semalam.

Mengangkat tema “Apa Yang Kita Boleh Belajar dari Pilihan Raya Kanada, Amerika dan Singapura”, forum ini mengetengahkan perbincangan mendalam mengenai strategi politik, kematangan pengundi dan perubahan landskap demokrasi global.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 192
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 23 Jun 2025, 10:08:34.

logo-sirim