Forum “Talk To Us” Semarakkan Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Ke UTeM

Forum “Talk To Us” Semarakkan Lawatan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Ke UTeM

Cabaran kebolehpasaran graduan, keperluan pembangunan kemahiran insaniah dan pengukuhan jati diri mahasiswa menjadi antara isu utama yang dibincangkan dalam forum “Talk To Us” bersempena lawatan kerja Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) siang tadi.

Forum tersebut dihoskan sendiri oleh YB Datuk Ts. Mustapha dan menampilkan barisan panelis iaitu Ts. Dr. Ridhwan Jumaldin (Pensyarah UTeM); Ts. Mohd Nor Iman Sulaiman (Presiden Persatuan Alumni UTeM); dan Affi Syahfizal Abdullah (Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025).

Perbincangan memberi tumpuan kepada kepentingan mahasiswa membina nilai tambah dalam diri, menguasai kemahiran pelbagai, serta melibatkan diri secara aktif dalam inisiatif pembangunan diri dan kebolehpasaran graduan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 79
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 15 Mei 2025, 10:21:07.

logo-sirim