Hampir 80 Ribu Pelajar Terus Dapat Manfaat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Hampir 80 Ribu Pelajar Terus Dapat Manfaat Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

YB Menteri Pengajian Tinggi telah menyampaikan Surat Kelulusan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Bagi Peminjam Yang Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama kepada dua (2) orang penerima di kediaman masing-masing di Batu Pahat, hari ini.

Saudari Sayyida Aisya Azira merupakan bekas pelajar UiTM (Kampus Shah Alam) yang mengikuti program pengajian Sarjana Muda Ukur Bahan (Kepujian). Beliau menerima pengecualian bayaran balik sebanyak RM9,980.00.

Manakala Saudari Aishah Hanis pula menerima pengecualian bayaran balik sebanyak RM19,960.00. Beliau merupakan bekas pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Kuantan, Pahang) yang mengikuti program pengajian Sarjana Muda Sains (Kimia Gunaan) (Kepujian).

Seramai 79,873 orang pelajar telah layak menerima pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN melibatkan peruntukkan sebanyak RM2.06 bilion di seluruh negara sehingga 31 Januari 2022.

Daripada jumlah itu, seramai 11,287 orang peminjam adalah dari negeri Johor yang melibatkan peruntukkan keseluruhan sebanyak RM294 juta.

PTPTN menyediakan pengecualian bayaran balik pinjaman kepada para peminjam bagi kategori keluarga B40 dan M40 yang mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, dengan inisiatif ini, peminjam PTPTN yang layak tidak perlu membuat bayaran balik pinjaman mereka.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6625
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 29 Mac 2024, 08:50:00.