Hari Pertama Reruai KPT di JAKM Sabah Meriah

Hari Pertama Reruai KPT di JAKM Sabah Meriah

Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Sabah telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Yaakob di Sabah International Convention Centre (SICC) pagi tadi.

Usai perasmian, YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, telah bersama-sama para petugas di reruai KPT bagi meninjau pelbagai pameran dan aktiviti yang disediakan kepada para pengunjung JAKM bermula hari ini hingga Ahad nanti.

Beliau turut membuat lintas langsung bersama para petugas Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) yang sedang menjalankan program khidmat bakti bersama Keluarga Malaysia di Kampung Serusup, Tuaran.

Sempena JAKM Sabah ini juga, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) turut menganjurkan beberapa kursus pendek yang dijayakan melalui program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) serta perkhidmatan pembaikan asas motosikal di Kolej Komuniti Penampang.

Turut hadir dalam majlis perasmian pagi tadi ialah Dato' Shaharudin Abu Sohot, Setiausaha Bahagian Perancangan dan Dasar Strategik KPT, YBhg. Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Canselor UMS, serta Puan Mastura Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi PTPTN.

Jangan lupa untuk bawa ahli keluarga dan kawan-kawan untuk mengunjungi reruai KPT (K14) di SICC esok.

Bah, jumpa di sana kamurang!!!

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4462
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.