Hasil Penyelidikan IPT Tarik Minat Kerjasama Syarikat AT&S Austria Technologie & Systemtechnik

Hasil Penyelidikan IPT Tarik Minat Kerjasama Syarikat AT&S Austria Technologie & Systemtechnik

AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd. (AT&S Malaysia) telah membuat kunjungan rasmi ke atas YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi di pejabatnya pagi tadi.

AT&S Malaysia yang diwakili oleh Pengarah Urusannya, Vittorio Villari, merupakan pengeluar papan litar bercetak (PCB) dan litar bersepadu (IC) terkemuka dunia yang berpengkalan di Kedah telah menyatakan hasrat untuk memanfaatkan hasil-hasil penyelidikan yang telah dijalankan oleh IPT di Malaysia dalam membangunkan produk yang lebih terkini dan bermutu tinggi.

Dalam perbincangan tersebut, YB Menteri telah menyatakan kesudian kementerian untuk memulakan langkah kerjasama dengan menawarkan kepakaran yang tersedia di IPT-IPT berhampiran negeri tersebut.

Langkah ini diharap dapat meningkatkan lagi jalinan antara IPT dalam negara dan para pemain industri yang bukan sahaja boleh membawa pelaburan malah pemindahan ilmu yang dapat memantapkan lagi aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi di menara gading.

Turut sama YBhg. Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2013
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 16 April 2024, 08:56:15.