ICALL 2025 Perkukuh TVET Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Di Peringkat Global

ICALL 2025 Perkukuh TVET Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Di Peringkat Global

Persidangan Antarabangsa mengenai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional serta Pembelajaran Sepanjang Hayat (iCALL 2025) yang dianjurkan oleh UTMSPACE, sebuah entiti bawah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya mencapai objektifnya dalam memperkukuh kerjasama global serta inovasi dalam pendidikan.

Persidangan yang berlangsung selama dua (2) hari ini menghimpunkan pakar akademik, penyelidik serta profesional industri dari seluruh dunia bagi membincangkan perkembangan terkini dalam bidang TVET dan pembelajaran sepanjang hayat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, dengan kehadiran Naib Canselor UTM, Profesor Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim serta Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan UTMSPACE, Prof. Ts. Dr. Nazri Ali.

Dalam ucapannya, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud menekankan kepentingan TVET sebagai salah satu agenda nasional bagi memastikan pembangunan modal insan yang berdaya saing.

Beliau turut menegaskan keperluan untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap TVET yang sering dianggap sebagai pilihan kedua dan menekankan kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dalam memastikan masyarakat terus relevan dalam arus pembangunan global.

Tambahnya lagi, usaha berterusan dalam program latihan semula dan peningkatan kemahiran perlu diperkukuh selari dengan aspirasi Kerajaan.

Persidangan ini turut menampilkan pelbagai sesi pembentangan kertas kerja, perbincangan panel serta ucaptama daripada pakar industri dan akademik yang mengetengahkan pembangunan teknologi dan pendekatan baharu dalam TVET.

Penganjuran iCALL 2025 mendapat sokongan padu daripada pihak penaja dan peserta yang memainkan peranan penting dalam menjayakan persidangan ini.

Komitmen mereka selari dengan nilai teras UTMSPACE yang menekankan kecerdasan, kualiti, globalisasi dan sinergi dalam mendukung pembelajaran sepanjang hayat.

Dengan kejayaan penganjuran kali ini, iCALL 2025 sekali lagi membuktikan peranannya sebagai platform utama dalam memacu masa depan pendidikan teknikal dan vokasional.

Persidangan ini juga memperkukuhkan usaha Malaysia dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk era ekonomi digital dan Revolusi Industri 4.0. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 216
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Mac 2025, 04:31:56.

logo-sirim