Inisiatif Bantu IPTS Terkesan Pasca COVID-19

Inisiatif Bantu IPTS Terkesan Pasca COVID-19

KPT melalui Pasukan Petugas Kebangsaan Pemudah Cara Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) sebagai Industri (PEMUDAH IPTS) telah ditubuhkan bagi mengenalpasti cabaran serta isu dihadapi sektor tersebut.

YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata demikian ketika menjawab soalan berkenaan inisiatif yang telah diambil oleh KPT bagi membantu IPT terkesan pasca COVID-19 di Dewan Rakyat hari ini.

Antaranya memberi kelonggaran kepada IPTS untuk membuat pengambilan secara bersyarat menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); meningkatkan kemudahan pinjaman pendidikan pelajar bersasar serta pemberian Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) kepada pelajar B40.

Turut diperkenalkan pelanjutan galakan cukai kepada syarikat yang menaja biasiswa pelajar mulai tahun taksiran 2022-2025; serta insentif di bawah Bajet 2021 kepada syarikat berstatus R&D (termasuk IPTS) yang berjaya mengkomersialkan inovasi mereka.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2418
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.