Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia Jayakan Agenda Pendigitalan Pendidikan

Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia Jayakan Agenda Pendigitalan Pendidikan

Dalam lawatan beliau ke UMS hari ini, YB Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada kira-kira 100 orang pelajar IPT di Sabah seperti Almacrest International College, Kolej Cyberjaya Kota Kinabalu, Politeknik Kota Kinabalu, UiTM dan UMS sendiri.

Sehingga kini, sebanyak 21,633 permohonan diterima di Sabah dan 3,748 telah diluluskan serta dalam proses untuk serahan peranti.

YB Menteri berkata, inisitaif PerantiSiswa Keluarga Malaysia memainkan peranan penting dalam usaha kerajaan menjayakan agenda Pendigitalan Pendidikan.

“Penyerahan PerantiSiswa merupakan komitmen kerajaan Keluarga Malaysia dalam memastikan para pelajar terutama dalam kalangan B40 tidak ketinggalan dan sebagai usaha membentuk komuniti digital Keluarga Malaysia serta merapatkan jurang digital antara semua kelompok di negara ini.

“Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di bawah Belanjawan 2022 diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Justeru, saya menyeru kepada semua pelajar IPT (kumpulan) B40 yang masih belum memohon, segera membuat permohonan dalam fasa ke 2 yang masih dibuka sehingga 30 Sept 2022,” katanya,” katanya.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2986
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 17 April 2024, 19:21:18.