IUKL Lancar Kafeteria Pelajar Berdasarkan Wakaf Khas

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah menyempurnakan pelancaran kafeteria SweetSis Café di Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL), di sini yang dibina secara wakaf khas yang dikumpulkan dari dana wakaf IUKL dengan Kerjasama Perbadanan Wakaf Selangor.

YB Menteri disambut YBhg Dato Prof Dr Noor Inayah Yaakub, Naib Canselor IUKL dan rakan-rakan industri yang hadir untuk menyampaikan sumbangan iaitu Amanah Raya Berhad, Yayasan Amanah Raya, Perbadanan Wakaf Selangor, Lembaga Zakat Selangor, AUF MBZ Sdn Bhd, Dewan Perdagangan Islam Malaysia dan Masjid Ikram.

Melalui sumbangan yang diterima juga membolehkan kafeteria ini menawarkan Menu Siswa Rahmah seperti yang dihasratkan oleh Kerajaan demi untuk membantu meringankan beban kos sara hidup mahasiswa terutamanya daripada golongan B40.

2023-03-20-iukl-01.JPG 2023-03-20-iukl-02.JPG 2023-03-20-iukl-03.JPG

2023-03-20-iukl-04.JPG 2023-03-20-iukl-05.JPG 2023-03-20-iukl-06.JPG

2023-03-20-iukl-07.JPG 2023-03-20-iukl-08.JPG 2023-03-20-iukl-09.JPG

2023-03-20-iukl-10.JPG

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1828