Jelajah KPT Prihatin Keluarga Malaysia: Edisi Keusahawanan (KPKM: Edisi Keusahawanan) Bermula

Jelajah KPT Prihatin Keluarga Malaysia: Edisi Keusahawanan (KPKM: Edisi Keusahawanan) Bermula

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah hadir ke program KPT Prihatin Keluarga Malaysia (KPKM) Edisi Keusahawanan yang telah diadakan di Putrajaya petang tadi.

Kali ini, KPKM yang berfokuskan mentor keusahawanan ini dianjurkan dengan kerjasama daripada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang turut menyasarkan penyertaan dikalangan para belia dan mahasiswa.

Bermula dengan venue pertama di Putrajaya petang tadi, program ini akan terus menjelajah ke seluruh negara sehingga Mei depan bagi membawa pelbagai aktiviti khusus bagi membantu para usahawan kecil dan sederhana memantapkan perniagaan mereka.

Antara pengisian yang telah dirancang ialah reruai pameran, ceramah, serta forum yang membariskan ahli-ahli panel berkaliber dari KPT dan KUSKOP yang bakal berkongsi ilmu dan pengalaman dalam bidang keusahawanan.

YB Menteri telah turut meluangkan masa melawat reruai pameran serta mendengar tazkirah ramadan sebelum berbuka puasa bersama-sama para jemputan yang hadir.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5648
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.