Jelajah KPT Prihatin Keluarga Malaysia: Edisi Keusahawanan Singgah di Kelantan

Jelajah KPT Prihatin Keluarga Malaysia: Edisi Keusahawanan Singgah di Kelantan

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah menyertai Jelajah KPT Prihatin Keluarga Malaysia (KPKM) Edisi Keusahawanan di Kota Bharu, Kelantan petang tadi.

Program anjuran KPT dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) tersebut telah memberi pendedahan berkenaan inisiatif-inisiatif keusahawanan yang ditawarkan oleh kedua-dua kementerian dalam membantu para mahasiswa menceburi bidang perniagaan.

Program yang dikendalikan oleh UMK telah diisi dengan pelbagai aktiviti seperti reruai pameran, ceramah, serta forum keusahawanan.

YB Menteri telah turut meluangkan masa melawat gerai-gerai jualan, pameran serta mendengar tazkirah ramadan sebelum berbuka puasa bersama-sama semua para hadirin.

Turut sama YBrs. Dr Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, dan YBhg. Prof. Dr Razli Che Razak, Naib Canselor UMK.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 6965
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 19 April 2024, 16:56:01.