Jepun Pilih Malaysia Tubuh Kampus Cawangan Pertama Universiti Tsukuba

Jepun Pilih Malaysia Tubuh Kampus Cawangan Pertama Universiti Tsukuba

Universiti Tsukuba di Jepun membuka kampus cawangannya di Malaysia sekali gus melakar sejarah tersendiri sebagai kampus cawangan universiti Jepun pertama ditubuhkan di luar negara.

Seramai 13 orang pelajar yang terdiri daripada tujuh pelajar Malaysia dan enam pelajar Jepun menjadi kumpulan pertama yang memulakan pengajian mereka dengan sesi orentasi yang akan bermula esok.

Universiti Tsukuba yang ditubuhkan pada tahun 1872 merupakan salah satu daripada 86 buah universiti awam dan tersenarai dalam 10 universiti terbaik di Jepun.

Justeru, pembukaan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Bangunan R&D, Universiti Malaya, Kuala Lumpur merupakan tanda persahabatan di antara dua negara melalui kolaborasi antara dua Institusi Pendidikan terkemuka terbabit.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir turut berkata kerjasama institusi ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada program pertukaran akademik bahkan dapat mempromosikan pemahaman budaya dan perspektif global serta mempersiapkan pelajar untuk menjadi pemimpin dunia satu hari nanti.

Dalam majlis itu, YB Menteri juga telah menyempurnakan gimik perasmian dengan menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman dan Naib Canselor Universiti Malaya, Dato’ Seri Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1500
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 12 Februari 2025, 10:29:14.

logo-sirim