Jom Masuk U 2023 Berjaya Sebar Manfaat Pendidikan Tinggi Negara

Jom Masuk U 2023 Berjaya Sebar Manfaat Pendidikan Tinggi Negara

Selesai sudah Jom Masuk U 2023 (JMU 2023) bagi Zon Tengah yang telah dianjurkan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM) bermula semalam hingga hari ini yang berjaya menarik seramai 8 ribu orang pengunjung dari sekitar Lembah Kelang, Selangor, dan Putrajaya.

Zon Tengah merupakan destinasi keenam dan terakhir untuk tahun 2023 bagi siri jelajah pendidikan tinggi negara ini yang telah menjadi program 'signature' Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) semenjak tahun 2005.

Semalam, majlis penutup JMU 2023 telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YBhg. Mohd Khaled Nordin dengan 5 inisiatif telah diumumkan beliau sebagai usaha KPT untuk menarik minat serta fokus anak muda menyambung pendidikan di menara gading.

JMU 2023 telah menjadi pusat sehenti pendidikan tinggi negara yang memaparkan program-program pengajian oleh Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) awam dan swasta; pembiayaan dan penajaan; pengesahan kelayakan; termasuk siri-siri perkongsian yang berfaedah kepada semua.

Penganjurannya telah berjaya membuka mata dan memandu para mahasiswa sebelum ini dalam membuat keputusan untuk memilih kursus yang sesuai kelayakan serta mengatur laluan kerjaya bagi masa depan mereka.

Sekalung penghargaan kepada lebih 60 ribu orang pengunjung dari seluruh negara iaitu para pelajar sekolah, kaum belia, ibu bapa dan pendidik kerana telah memanfaatkan JMU 2023 ini.

Kami di KPT mengucapkan selamat berjaya kepada para pemohon UPUOnline sesi terkini.

Sehingga berjumpa lagi di Jom Masuk U 2024 akan datang.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4695
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 06 Disember 2024, 10:19:49.

logo-sirim