Jom Masuk U 2025 Zon Sarawak II, Tarik Minat Ribuan Pengunjung Cari Hala Tuju Pendidikan Tinggi

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneruskan inisiatif turun padang mendekati masyarakat menerusi penganjuran Karnival Jom Masuk U (JMU) 2025 Zon Sarawak II yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 3 hingga 4 Mei 2025 di Mydin Vista Tunku, Petra Jaya, Kuching.
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, YBhg. Datuk Mohamad Azhan Md Amir hadir mengiringi Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, YBrs. Tuan Haji Husini Bakir yang mewakili YB Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak bagi menyempurnakan majlis perasmian petang semalam.
Dalam ucapan perasmiannya, YBrs. Tuan Haji Husini menegaskan bahawa penganjuran JMU merupakan usaha berterusan Kerajaan dalam menyampaikan maklumat pendidikan tinggi secara langsung kepada masyarakat, terutama pelajar lepasan sekolah dan ibu bapa di Negeri Sarawak.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 101