KARISMA MPP IPT 2025: Membina Kepimpinan Madani Untuk Masa Depan Negara

KARISMA MPP IPT 2025: Membina Kepimpinan Madani Untuk Masa Depan Negara

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Akademi Kenegaraan (AK) telah menganjurkan Program KARISMA Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPT 2025 pada 25 hingga 28 April 2025 bertempat di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT).

Program ini telah menghimpunkan seramai 110 orang pemimpin Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) daripada Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti serta Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) sesi akademik 2024/2025, dengan hasrat melahirkan barisan kepimpinan muda yang berintegriti, progresif dan berpaksikan nilai MADANI.

Sebanyak 19 Universiti Awam; 6 IPTS (UNITEN, UTP, UniKL, TARUMT, MSU dan DRB-HICOM); 21 Politeknik; dan 12 Kolej Komuniti telah mengambil bahagian dalam program ini, di bawah bimbingan 15 jurulatih dan fasilitator daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) JPT dan Akademi Kenegaraan.

Program Permukiman Siswa & Latihan Kepimpinan Muda Kebangsaan (KARISMA) 2025 telah mengetengahkan pendekatan ‘hands-on’, ‘minds-on’ dan ‘hearts-on’ dengan suasana santai namun sarat dengan ilmu dan latihan berimpak tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 94
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 15 Mei 2025, 10:21:07.

logo-sirim