Karnival Jom Masuk U 2025: Inisiatif KPT Perkasa Pelajar Pewaris Negara, Pemacu Masa Depan Malaysia

Karnival Jom Masuk U 2025: Inisiatif KPT Perkasa Pelajar Pewaris Negara, Pemacu Masa Depan Malaysia

Siri Jelajah Karnival Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) yang telah bermula di seluruh negara pada Februari lalu diteruskan lagi ke dua (2) zon iaitu Sandakan, Sabah dan Kuala Nerus, Terengganu pada hari ini.

Karnival JMU 2025 yang dianjurkan ini merupakan antara inisiatif utama anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) serta Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) ini dalam memperluas akses pendidikan tinggi kepada pelajar seluruh negara, terutamanya kepada pelajar lepasan SPM, STPM dan setaraf dengannya.

JMU 2025 yang turut mendapat kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini menjadi platform penting untuk menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 161
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 15 Mei 2025, 10:21:07.

logo-sirim