Karnival Kerjaya & Keusawahanan UniSZA Sedia Platform Siapkan Diri Pelajar Ke Alam Pekerjaan

Karnival Kerjaya & Keusawahanan UniSZA Sedia Platform Siapkan Diri Pelajar Ke Alam Pekerjaan

YBhg Dato’ Dr Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) telah menyempurnakan Majlis Penutup Karnival Kerjaya dan Keusahawanan Peringkat Negeri Terengganu 2022 di UniSZA hari ini.

Karnival yang diadakan pada 22 dan 23 Oktober itu bertujuan untuk menyediakan platform kepada pelajar untuk berinteraksi dengan majikan dan usahawan bagi mempersiapkan diri menceburi dunia pekerjaan dan keusahawanan sejurus tamat pengajian.

Penganjuran kali ini menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada para graduan serta orang awam di Terengganu di samping dipadatkan dengan aktiviti-aktiviti seperti pameran industri, seminar keusahawanan dan kerjaya serta pertandingan inovasi.

Hadir sama YBhg Prof Dato’ Dr Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Dr Apli Yusoff, Pengerusi PTPTN dan YBhg Prof. Dr. Fadzli Adam, Naib Canselor UniSZA.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2156
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 27 Mac 2024, 16:20:33.