Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu Terima Menghadap Menteri Pendidikan Tinggi

Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan delegasi di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu pada pagi tadi.
Pertemuan ini bertujuan untuk menyembah maklum beberapa perkara berkaitan pendidikan tinggi negara khususnya melibatkan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Turut mengiringi ialah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Encik Ahmad Rizal Adnan.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 166