Kekuatan Pasukan Dan Kejelasan Misi, Asas Kejayaan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar - YB Menteri

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa kekuatan sesebuah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) amat bergantung kepada keberkesanan pasukan pengurusannya dan kejelasan visi serta matlamat bersama.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat dalam sesi ‘Interact MADANI’ sempena Mesyuarat Perancangan Strategik Hal Ehwal Pelajar (HEP) bersama YB Menteri Pendidikan Tinggi di sini malam tadi.
Menurut beliau, pengurusan yang berkesan tidak harus terlalu berprotokol atau bersifat autoritarian, sebaliknya perlu memberi ruang kepada komunikasi terbuka, kerjasama berpasukan dan pendekatan penyelesaian masalah secara kolektif.
“Saya tidak percaya kepada pendekatan yang terlalu kompleks. Kejayaan sesuatu organisasi bermula daripada ketuanya dan sejauh mana beliau membina dan mempercayai pasukannya. Jika pasukan itu baik, maka baiklah universiti atau politeknik itu,” ujar beliau.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 109