Kemeriahan Syawal Eratkan KPT Dan Rakyat

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) meneruskan iltizam merakyatkan pendidikan tinggi melalui penganjuran Majlis Jalinan Ukhuwah Aidilfitri bersempena Karnival Pendidikan Tinggi Negara yang berlangsung meriah di sini siang tadi.
Majlis tersebut bukan sahaja menjadi medan meraikan kemeriahan Syawal, malah mencerminkan usaha menyeluruh KPT dalam merapatkan hubungan antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), warga Kementerian dan komuniti setempat.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Sepanggar, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud menegaskan, kekuatan sektor pendidikan tinggi bukan sekadar bergantung kepada dasar, tetapi juga kepada semangat ukhuwah dan kesepaduan semua pemegang taruh, daripada Kementerian hinggalah ke peringkat akar umbi.
Beliau turut menyeru masyarakat Negeri Sabah khususnya para pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma untuk menyertai program Jom Masuk U (JMU) Zon Sabah yang akan diadakan di Kompleks Sukan Sandakan pada 19–20 April dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 10–11 Mei 2025, sebagai ruang akses terus kepada maklumat dan peluang pengajian tinggi.
Majlis turut diserikan dengan pelancaran Repositori Minda Madani 2024, yang menghimpunkan pandangan peribadi beliau berkaitan hala tuju pendidikan tinggi, serta Pelan Strategik Sepanggar yang bersifat holistik dan berpaksikan keperluan rakyat.
Kira-kira 2,000 orang jemputan hadir memeriahkan majlis termasuklah Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim; para pemimpin tempatan; warga IPTA Sabah; juga orang awam.
Majlis turut dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan dan persembahan kebudayaan, sekali gus menjadikan karnival ini bukan sahaja inklusif, malah memperkukuh peranan KPT sebagai jambatan antara rakyat dan pendidikan tinggi.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 506