Kempen Cabutan Wow! Simpan SSPN Tawar Hadiah Tunai RM500 Ribu

Kempen Cabutan Wow! Simpan SSPN Tawar Hadiah Tunai RM500 Ribu

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menyempurnakan majlis pelancaran Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2023 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Kuala Lumpur petang tadi.

Kempen yang disasarkan kepada para pendeposit Simpan SSPN Prime tersebut kali ini menawarkan hadiah wang tunai lumayan dengan nilai keseluruhan hampir RM 500 ribu menanti 138 orang pemenang bertuah yang akan diketahui melalui 5 siri cabutan berkala dan juga satu kali cabutan tahunan.

Usaha mengadakan kempen sebegini merupakan inisiatif PTPTN dalam mempromosikan produk tabung pendidikan tinggi kepada rakyat Malaysia sambil mereka menikmati manfaat dan pulangan hasil pengurusan kewangan yang berhemah.

Dalam majlis yang sama, YBhg. Dato' Seri KSU turut menyampaikan sijil penghargaan kepada lima (5) rakan strategik yang telah memperkasa dan memupuk budaya penabungan melalui Simpan SSPN iaitu Majis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kerajaan Negeri Sabah, Yayasan Veteran ATM (YVATM), Kao Laurier Malaysia dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Mohd. Zabri Yusoff, TKSU (Pembangunan dan Pengurusan) KPT, YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, YB. Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri, Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Nor Azam M. Taib, Ketua Pegawai Eksekutif, MBSB Berhad, dan YBhg. Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2584
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.