Kepimpinan Berasaskan Integriti, Akauntabiliti Dan Tadbir Urus Cemerlang

Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Datuk Dr. Anesee Ibrahim hadir menyempurnakan Program Kepimpinan Kewangan dan Perakaunan bagi Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Siri 1/2025 di sini, pagi tadi.
Program ini merupakan hasil kolaborasi antara Bahagian Akaun, KPT, Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam memperkasa pemahaman dan kompetensi Ketua PTJ terhadap prinsip integriti kewangan, pematuhan kepada Pekeliling Perbendaharaan PS 6.1 dan keperluan literasi kewangan yang semakin mencabar.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 78