Kerjasama Dua Hala Antara Republik Sudan Dan Malaysia Dalam Pendidikan Tinggi

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang telah menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia, TYT Hassan Abdelsalam Omer pada petang ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai bantuan kepada pelajar Sudan.
Pertemuan kali ini merupakan susulan hasil perbincangan dengan KPT pada 26 Julai 2024 yang lalu. KPT sebelum ini telah bersetuju untuk membantu pelajar-pelajar Sudan yang terkesan akibat dari peperangan yang berlaku di negara berkenaan.
Kerjasama ini selaras dengan visi KPT iaitu Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan yang unggul.
Turut hadir dalam pertemuan ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran dan Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, YBhg. Datin Noorazah Omar.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 235