Kerjasama IPT-Pemegang Taruh Kukuhkan Masa Depan Pendidikan Tinggi Negara

Penglibatan antara universiti dan para pemegang taruh mampu menjadi salah satu pemangkin dalam membantu merealisasikan usaha KPT memperkasakan sektor pendidikan tinggi Malaysia di mata dunia.

Malah, kerjasama tersebut turut membolehkan kedua-dua sektor saling mempelajari teknologi, kemahiran dan pengetahuan yang senantiasa berubah sesuai dengan gelombang kemajuan yang bergerak dengan pantas dewasa ini.

Justeru, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi mengalu-alukan kejayaan Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah menjalinkan kerjasama strategik bukan sahaja dengan syarikat gergasi tempatan, FWD Takaful, malah dengan Akademi Perbankan dan Kewangan Uzbekistan (BFA) juga.

Beliau yang telah menyempurnakan Majlis Penghargaan Pemegang Taruh UUM di ibu kota malam tadi, turut menyeru IPT lain untuk meneroka peluang kolaborasi terutamanya di rantau Asia Tengah dalam usaha meningkatkan pembangunan bakat negara yang mempunyai ciri-ciri egalitarian, berpengetahuan dan berperadaban di masa hadapan.

Hadir sama TYT Ravshan Usmanov, Duta Besar Uzbekistan ke Malaysia; YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT; YBrs. Encik Rizal Adnan, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan dan Antarabangsa) JPT; ; YBhg. Tan Sri Datuk Wira Dr. Haji Mohd. Shukor Hj. Mahfar, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UUM; YBhg. Prof. Dr. Shahimi Mohtar, TNC (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor UUM; serta YBrs. Encik Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi (Ketua Pegawai Strategi dan Saluran Digital FWD Takaful).

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2584
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 11:52:58.