Kerjasama Perkukuh Sektor Pendidikan Tinggi Malaysia – Australia

Kerjasama Perkukuh Sektor Pendidikan Tinggi Malaysia – Australia

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir menerima kunjungan hormat daripada TYT Danielle Heinecke, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia di Parlimen hari ini.

Pertemuan tersebut bertujuan membincangkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi antara institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia dan Australia termasuk mengenai kerjasama dalam bidang TVET. Antara inisiatif yang dicadangkan juga ialah penglibatan Australia di dalam program Kementerian seperti Festival of Ideas (FOI), program pembangunan kapasiti dan kepimpinan wanita serta tajaan pelajar di bawah Colombo Plan.

Turut dibincangkan ialah mengenai cadangan untuk mengadakan ‘Joint Working Group’ (JWG) susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi pada tahun lepas.

Hadir sama dalam sesi ini ialah Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dato' Dr. Haji Mohd Zahari Ismail; Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Encik Ahmad Rizal Adnan; Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Prof. Dr. Harshita Aini Haroon; Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, Datin Noorazah Omar; Ketua Eksekutif Education Malaysia Global Services (EMGS), Encik Novie Tajuddin dan Timbalan Ketua Eksekutif, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Prof. Ts. Dr. Iqbal Saripan. 

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 164
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Isnin 24 Mac 2025, 04:31:56.

logo-sirim