Kerjasama Strategik IPT Malaysia-Rusia Diperhebat Melalui JC-ESTC

Malaysia dan Rusia terus memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang pendidikan, sains dan teknologi melalui penganjuran Mesyuarat Kumpulan Kerja Pendidikan, Sains dan Teknologi kali ke-2 di bawah Suruhanjaya Bersama Malaysia-Rusia untuk Kerjasama Ekonomi, Saintifik, Teknikal dan Budaya (JC-ESTC) yang berlangsung siang tadi.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dengan Timbalan Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Persekutuan Rusia, TYT Airat Gatiyatov.
Mereka turut menyaksikan majlis pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia dan Rusia, sekali gus menandakan permulaan kepada kerjasama akademik yang lebih konkrit dan berimpak tinggi antara institusi kedua-dua negara.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 92