Kerjasama Strategik KPT dan KUSKOP Dukung Agenda Keusahawanan di IPT

Kerjasama Strategik KPT dan KUSKOP Dukung Agenda Keusahawanan di IPT

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah merasmikan Program KPT Prihatin Keluarga Malaysia (KPKM): Edisi Keusahawanan Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini hari ini.

Program ini dianjur bersama oleh KPT dan Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) bagi mendukung kelestarian agenda keusahawanan di IPT.

Penganjuran program ini merupakan manifestasi usaha dan komitmen KPT dalam memenuhi kehendak serta keperluan rakyat; di samping mengetengahkan penglibatan agensi di bawah KPT dan IPT dalam dalam bidang keusahawanan.

Antara pengisian program adalah forum kewangan, taklimat dan pameran keusahawanan, jualan produk usahawan tempatan dan pelajar.

Agensi-agensi KUSKOP yang terlibat ialah Protégé, Bank Rakyat, SKM, IKMa, SME Bank, SME Corp, Tekun Nasional, PERNAS, AIM, PUNB.

KPT pula diwakili UMS, Politeknik Kota Kinabalu, KK Penampang, KK Beaufort, KK Kota Marudu dan KK Tambunan.

Turut hadir Datuk Dr. Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid, Ahli LPU UMS, Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), Dato' Prof. Dr. Husaini Omar, KPPT dan Datuk Prof ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Naib Canselor UMS.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 3184
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 23 April 2024, 10:59:17.